Monday, August 4, 2008

MINIT MESYUARAT

KUMPULAN TERAS PENYELIDIKAN FAKULTI PENDIDIKAN

Bilangan 2/2008

Tarikh : 26 Jun 2008

Masa : 9.00 – 11.00

Tempat: Bilik Mesyuarat (C22-220)

Hadir:

1. Profesor Dr. Noor Azlan Ahmad Zanzali (Pengerusi)

2. Prof. Madya Dr. Abd Hafidz Omar

3. Dr. Yusof Boon

4. Dr. Lokman Tahir

5. Dr. Faizah binti Abdul Ghani

6. Dr. Zainal Abidin Zainuddin

7. En. Mahyudin Arsat

  1. Puan Adibah Abd Latif
  2. Puan Marlina Ali

10. Puan Halijah Ibrahim

11. Puan Asha Hasnimy Mohd Hashim

Tidak hadir dengan maaf:

1. Profesor Dr. Zaitun Haji Sidin

2. Prof. Madya Dr. Mohd Najib Abd Ghaffar

3. Prof. Madya Dr. Azizi Yahaya

4. Prof. Madya Dr. Baharin Abu

5. Prof. Madya Dr. Seth Sulaiman

6. Prof. Madya Dr. Yahya Buntat

7. Prof. Madya Mohamad Bilal Ali

8. Dr. Abd Rahim Hamdan

9. Dr. Azlina Mohd Kosnin

10. Dr. Zainuddin Abu Bakar

11. Dr. Mohad Anizu Mohd Nor

12. En. Hassan Hushin

13. En. Ahmad Johari Sihes

14. En. Mohd Ali Ibrahim

15. En. Mohd Zolkifli Abd Hamid

16. En. Shahrin Hashim

  1. Puan Khadijah Daud
  2. Puan Hanim Sulaiman
  3. Puan Nor Fadila Amin @ Mohd Amin

Agenda

1. Pendahuluan

2. Perkara-perkara berbangkit

3. Taklimat Ringkas berkaitan dengan Peruntukan Geran Penyelidikan

4. Hal-hal lain

Mesyuarat dimulakan dengan kata-kata aluan dari Pengerusi dan bacaan Al-Fatihah.

1. Pendahuluan

1.1 Kehadiran ahli

Pengerusi berharap ahli-ahli yang tidak dapat menghadirikan diri ke mesyuarat dapat memberi maklumat kepada setiausaha atau ahli yang lain. Pengerusi juga mencadangkan agar senarai kehadiran ahli ke mesyuarat dapat direkodkan dengan lebih terperinci.

Tindakan: Makluman/Setiausaha

2. Perkara-perkara berbangkit

2.1 Fungsi Kumpulan Teras Penyelidikan

Pengerusi mengingatkan kepada ahli kumpulan bahawa fungsi Kumpulan Teras Penyelidikan adalah berperanan untuk melaksanakan penyelidikan dan bukannya sekadar berfungsi untuk mentadbir atau menyelaraskan individu lain untuk membuat penyelidikan.

Tindakan: Makluman

2.2 Fokus Kumpulan Teras Penyelidikan

Terdapat tambahan maklumat bidang/fokus penyelidikan. Berikut adalah bidang/fokus penyelidikan ahli kumpulan Teras Penyelidikan dari Minit Mesyuarat Bilangan 1/2008.

Ahli

Bidang/fokus

Profesor Dr. Noor Azlan Ahmad Zanzali

Scholarship of teaching - Best practice/ current practice

Module/program of teaching in higher education

Prof. Madya Dr. Mohd Najib Abd Ghaffar

Multicultural education

Pengukuran dan penilaian

Social change

Dr. Abd Rahim Hamdan

Curriculum & instruction

Multicultural setting for further education

Adults learners/ andragogy

Dr. Azlina Mohd Kosnin

Learning style

Development from psychological aspect/ assessment

Dr. Yusof Boon

Pembangunan pelajar

En. Shahrin Hashim

Disiplin sekolah & buli

En. Mahyudin Arsat

Engineering education

Puan Halijah Ibrahim

Physical and movement assessment among special children/Wellness for life

Puan Asha Hasnimy Mohd Hashim

Exercise rehabilitation

Healthy lifestyle

Tambahan Bidang/fokus penyelidikan ahli kumpulan Teras Penyelidikan

Ahli

Bidang/fokus

En. Shahrin Hashim

Disiplin sekolah & buli/International school -Iskandar Malaysia

Puan Adibah Abd Latif

Item Responses Theory

Dr. Faizah Abdul Ghani

Kaunseling/Personaliti/Keibubapaan

Puan Marlina Ali

Pedagogical Content Knowledge (PCK)

Dr. Lokman Tahir

Principalship/School Leadership

Dr. Zainal Abidin Zainuddin

Exercise Physiology

Dr. Abdul Hafidz Hj. Omar

Fitness & Coaching

2.3 Penilai Geran Penyelidikan Sains Sosial

Dr. Zainal Abidin Zainuddin memaklumkan bahawa usaha penubuhan kluster Sains Sosial sedang dilaksanakan. Adalah diharapkan penubuhan kluster ini dapat membantu penyelidik di bidang Sains Sosial memperolehi geran penyelidikan beserta dengan kelulusan belanjawan yang telah dirancang.

Tindakan: Makluman

2.4 Budaya Penyelidikan

Prof Madya Dr. Abdul Hafidz Hj Omar mencadangkan agar ahli Kumpulan Teras Penyelidikan dapat melaksanakan penyelidikan terhadap kekurangan minat ahli fakulti untuk melaksanakan penyelidikan . Ahli mesyuarat bersetuju agar satu kajian tinjauan dilaksanakan. Perbincangan mendalam terhadap penyelidikan ini perlu dilaksanakan

Tindakan: Makluman

2.5 Peruntukan Fakulti

Dekan bersetuju untuk membenarkan staf akademik fakulti menggunakan peruntukan fakulti untuk melaksanakan aktiviti penyelidikan. Peruntukan yang diberikan adalah diklasifikasikan sebagai aktiviti Program Pembangunan dan Kecemerlangan Fakulti. Ahli boleh mengemukakan kertas cadangan bagi tujuan tersebut.

Tindakan: Makluman

2.6 Blog Kumpulan Teras Penyelidikan

En. Mahyuddin Arsat telah membangunkan Blog untuk Kumpulan Teras Penyelidikan. Ahli kumpulan boleh melawat laman web http://fpresearchgroup.blogspot.com untuk memperoleh atau menyampaikan maklumat kepada ahli kumpulan lain. Ahli kumpulan diminta membuka e-mail menggunakan alamat gmail supaya dapat menggunakan laman Blog ini dengan lebih maksimum. Setiausaha di minta memaklumkan penubuhan blog ini kepada ahli fakulti.

Tindakan: Makluman/Setiausaha

2.7 Bengkel

Bengkel Kumpulan Teras Penyelidikan Fakulti akan diadakan untuk membincangkan dua perkara utama iaitu:

1. Visi , Misi dan Terma Rujukan (TOR) Kumpulan Teras Penyelidikan Fakulti

2. Perbincangan dan ‘Brainstorming’ penghasilan kertas cadangan dan borang permohonan yang layak di hantar ke RMC seperti permohonan geran penyelidikan e-science fund, Technofund dan Innofund dari MOSTI.

Cadangan tarikh bengkel adalah pada 23 Julai 2008. Pn Asha Hasnimy Mohd Hashim dan Dr. Zainal Abidin Zainuddin di minta menyediakan kertas kerja permohonan bengkel dan perlu diajukan ke Fakulti untuk kelulusan aktiviti dan belanjawan.

Tindakan: Pn Asha Hasnimy Mohd Hashim dan Dr. Zainal Abidin Zainuddin /Makluman

3. Taklimat Ringkas berkaitan dengan Peruntukan Geran Penyelidikan

Pengerusi mencadangkan agar diadakan satu taklimat ringkas dan perbincangan berkaitan dengan geran-geran penyelidikan yang boleh dipohon oleh Staf Akademik. Perbincangan juga meliputi aspek keperluan yang perlu dipatuhi dari setiap jenis geran penyelidikan seperti dari segi isi/kandungan penyelidikan, keperluan belanjawan dan teknik/taktik untuk menghasilkan permohonan geran penyelidikan yang diluluskan.

Ahli mesyuarat bersetuju supaya taklimat dan perbincangan dilaksanakan di peringkat dalaman iaitu perkongsian maklumat di antara staf yang telah berjaya memperolehi geran dan berbincang bersama dengan ahli Kumpulan Teras Penyelidikan.

Cadangan staf yang dijemput untuk membuat talikmat/perbincangan adalah Prof. Rio Sumarni Sharifuddin. Semua ahli Kumpulan Teras Penyelidikan dikehendaki hadir di sesi perbincangan tersebut. Cadangan tarikh perbincangan adalah pada 9 Julai 2008. Setiausaha diminta mengendalikan program tersebut.

Tindakan: Makluman/Setiausaha

4. Hal-Hal Lain

4.1 Kajian terhadap Budaya Penyelidikan di Fakulti Pendidikan

Ahli mesyuarat bersetuju untuk mengadakan kajian Tinjuan terhadap budaya penyelidikan dikalangan Staf Akademik Fakulti Pendidikan. Kajian akan dilaksanakan oleh Dr. Yusof Boon, Dr. Faizah Abd Ghani, Dr. Lokman Tahir dan Pn Adibah Abd Latif.

Tindakan: Prof. Madya Dr. Mohamed Najib Abdul Ghaffar, Dr. Yusof Boon, Dr Faizah Abd Ghani, En. Mahyudin Arsat, Pn. Adibah Abd Latif / Makluman

4.2 Research Corner’

Fakulti telah menyediakan sudut penyelidikan di bilik aktiviti staf iaitu ruangan berhampiran dengan TV. Pengerusi berharap agar sudut tersebut dapat dihidupkan seperti menyediakan maklumat dan bahan berkaitan penyelidikan di sudut tersebut. Pn Adibah Abd Latif, Pn. Marlina Ali dan En. Mahyudin Arsat diminta menghidupkan sudut tersebut.

Tindakan: Pn Adibah Abd Latif, Pn. Marlina Ali dan En. Mahyudin Arsat/Makluman

4.3 ‘Mentor-mentee’

Dr. Faizah mencadangkan agar diadakan program ‘mentor-mentee’ didalam melaksanakan aktiviti penyelidikan.

Tindakan: Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.05 dan diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr.

Disediakan oleh

Halijah Ibrahim

Wednesday, June 25, 2008

Cadangan Tinjauan kekangan pensyarah dalam menjalankan penyelidikan

Budaya Penyelidikan di Fakulti Pendidikan

Objektif
-Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi aktiviti penyelidikan di Fakulti Pendidikan

Konstruk
1. Masa
2. Sikap
3. Kewangan
4. Beban tugas
5. Sistem Sokongan
6. Pengiktirafan
7. Pengalaman
8. Pendedahan
9. Peluang Perkembangan Bidang yang dikaji (Potensi)

Instrumen
Soalselidik – open-ended questions, diserahkan kepada setiap Ketua Jabatan dan kembalikan kepada urusetia.

Tindakan – Prof. Madya Dr. Mohamed Najib Abdul Ghaffar, Dr. Yusof Boon, Dr Faizah Abd Ghani, En. Mahyudin Arsat, Pn. Adibah Abd Latif

Thursday, June 5, 2008

Welcome

Assalamualaikum

Welcome to our new Research Group's blog. The blog initially in progress adding our research focus, research projects, research progress, and materials.

All the member are welcome to visit and improve the blog.